Followers

Saturday, March 19, 2011

Tutorial felt keychain

Hari ni Su tengah ada mood nak buat entri tentang Tutorial Felt Keychain. Kat FB Su, Su dah upload kan dah tutorial ni. Hanya kat blogshop Su jer yg belum upload kan lagik.

Enjoy yeh Dear Frens. Nanti bolehlah cuba buat di rumah nanti.
:D



Mula mula, buat kan pola untuk keychain yang nak kita buat. Contoh yang Su buat adalah bentuk hati, atau omputih cakap "Love"... hehehhe

Su slalu lukiskan pola keychain yang nak Su buat, pada kertas yang tebal skit, supaya senang nak lukis pada kain felt nanti.

Su slalu pakai kotak cereal. kotak ubat gigi, kotak hadiah org bagi atau apa apa kertas yang u all rasa macam tebal skit. Kalau ada yang nak beli kertas manila, boleh.

Tapi kalau nak jimat, pakai jer aper yg ada kat umah dulu. kalau orang yang baru nak mula menjahit kraf, baik kita berjimat dulu. Kalau dah mahir dalam menjahit keychain, baru kita akan tahu, aper keperluan yang kita nak pakai untuk buat keychain tu.
;)


Nilah pola hati yang telah Su gunting.


Kemudian, Su lukiskan bentuk hati ni kat kain felt merah. Lukiskan 2 bentuk hati ni yeh. 1 untuk bahagian depan keychain, dan 1 untuk bahagian belakang keyhchain.


Kemudian potong kain felt yang telah dilukis bentuk hati tadi.


Bentuk hati keychain Su ada 2 warna. Pink dan merah. U all boleh buat ikut kesukaan anda yeh.
Slalu Su lekatkan bentuk hati warna merah tu dgn gam Uhu, sikit jer. Saja nak lekatkan, supaya senang nak jahit di kemudian nanti.

Nilah cara Su jahit nak lekatkan felt merah kat felt pink tu.


Pastu, nampak jahitan macam nie.



Ni close up jahitan melekatkan felt merah pada felt pink tu.



Pastu, terus jahit sampai semua felt merah tu dijahit pada felt pink, k.
Dah habis jahit keliling felt merah, nampak macam ni.


Pastu, Su letakkan tali untuk keychain tu, kat tengah tengah bentuk hati. Ada yang letak tali kat tepi bentuk hati. Terpulang pada kreativiti anda yeh.


Macamnilah rupa kat belakang felt kita, pas kita jahit keliling felt merah tadi.
Jahitkan tali keychain di belakang kain felt.

Kat depan kain felt, nampak macam nie.



Macam nilah Su lekatkan tali pada kain felt.



Pastu, Su amik 1 lagi kain felt, dan jahitkan pada kain felt yang dah kita jahit pada awal tadi.
Ni proses, nak melekatkan 2 felt, supaya jadi keychain, nak letakkan fiber kat dalam keychain, supaya nampak kembung, atau gelembung skit keychain kita tu.


Masa ni, kita guna teknik jahitan blanket yeh Dear Frens.



Su ada baca kat Internet, dia kata naper di panggil blanket stich, sebab, teknik jahitan ni slalu digunakan pada zaman dulu dulu untuk menjahit blanket, atau selimut. U all boleh tgk kat blanket, slalu Su buat tempat menggosok tu, memang jahitan blanket ni, 4 segi jahitannye.
:D


Nampak tak jahitan 4 segi tu. Jahitan blanket.
:D

Jahit blanket tu, keliling bentuk hati felt tu yeh. Pastu tinggalkan, maksud jangan jahit sampai habis, sebab nak letak fibre nanti. Nak bagi keychain kembung n gelembung. :D



Nilah fibre nye. Slalu org letak kat dalam Plushie tu.



Masuklah fibre tu, sebanyak yang u all nak. Ada yang suka letak takat nampak gelembung. Ada gak yang letak padat. Terpulang pada u all yeh.
:D

Macam ni rupa dah letak fibre kat keychain kita tu.

Slalu Su, padatkan fibre tu guna lidi satay. Koz jari Su tak boleh padatkan fibre tu. hehehhe


Dah padatkan fibre kat dalam keychain kita tu. Kita jahit habis sampai hujung kain felt.


Dah siap keychain felt bentuk hati kita tadi.


Kalau nak jahitkan nama pun boleh. Masa ni, Su masih kurang cantik jahitan nama. Kini, dah Ok Ok lah... hehehheheh


Slalu Su akan letakkan 'O' Ring pada tali kat keychain tu. Supaya senang client Su nak letak kunci, atau nak gantung kat beg sekolah anak-anak.
:D
Selamat mencuba yeh Dear Frens.
U all mesti boleh jahit keychain felt ni. Senang jer.
:D
:D
:D

Nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails