Nuffnang

Saturday, January 23, 2021

Antara cara cuci washable facemask

Assalamualaikum n hi semua,


Nanti jangan lupa untuk cuci washable facemask u all yeh, SETIAP kali pulang dari jenjalan atau balik kerja. Lagipun, facemask kain ni tak digalakkan guna untuk masa yang lama. Sis kalau keluar memang bawak 4 pelitup muka.

Di bawah ni Sis tunjuk antara cara-cara untuk cuci pelitup muka yang boleh dicuci, biasanya tuk pelitup muka yang dijahit dari kain. 

1. Amik skit sabun anti bacterial

2. Lalukan air kat sinki cukup

3. Bilas hingga tiada buih sabun

4. Tekan hujung facemask utk kuarkan air n nak elak kain dari merenyuk

5. Terus sangkut pada penyangkut kain

Mudahkan...

Jadi jangan lengah tuk cuci facemask bila sampai rumah yeh 😀


Friday, January 22, 2021

Tutorial Facemask

 Assalamualaikum dan hi semua,


Tutorial untuk menjahit ala ala Surgical mask cara Sis. Sis potong kain lurus jer. Tak guna pola pun.


Ni lebih kurang projek nak abiskan kain perca sebenarnya... hhehehhehheheh

Saiz Dewasa : 7 1/2" x 6" (Sekali basi)
Saiz Kanak-kanak : 7 1/2" x 5" (Sekali basi)
Panjang Tali tuk Hijabi : 17"
Panjang Getah Elastik tuk kanak-kanak : 7"

Ukuran ni sebagai penunjuk aras (guideline) sahaja. U allzz blh tambah atau kurangkan, ikut kesesuaian sendiri.

Selamat mencuba u all 😁


Memula Sis potong kain, tuk depan n blkg.. Kalau nak mudah buat pola guna kertas kalendar or kertas pamplet supaya taknak banyak kali nak ukur setiap kali nak jahit topeng muka ala ala surgical mask ni.
Adult : 7 1/2" x 6" (Sekali basi)
Child : 7 1/2" x 5" (Sekali basi)
Kemudian potong tali tuk ikat pada mask.
Potong 4 keping, dalam 17" panjang setiap satu. Panjang ni ikut kesesuaian sendiri yeh

Sis bakar dengan lilin hujung tali supaya tak berbulu. Sbb masa memula Sis buat, Sis tak bakar sbb nk cepat nak guna tuk naik LRT. Asyik tertetas jahitan tali ni. Mungkin sbb terkena zip henbag Sis. 

Kemudian, letak tali pengikat kat hujung kain dalam kedudukan macam ni.

Buat kat 4 penjuru yeh.

Lepas tu, letak kan kain yg kedua atas kain pertama tadi. Pasti kan yg cantik bertemu yg cantik yeh. Sis letak jarum langgar lari tu supaya tali tu tak bergerak masa Sis nak jahit nanti.

Kita mula jahit yeh. Guna 1 tapak atau 1/4" dah memadai

Nanti macam ni kejadiannya

Nampak tak kedudukan tali tadi.

Nanti biarkan tanpa jahitan dalam 2", supaya senang nak Turn kain nanti

Sis snip sikit hujung kain supaya senang n cantik masa Turn nanti

Kalau nak skip iron kain mask, ok jer. Sis iron kan supaya senang nak jahit nanti.

Ukuran nak buat lipatan ni dalam 1 1/2" ke 2" dari atas kain. Kalau ada taknak buat lipatan, ok jer. Sebab ada yg jual takde lipatan kan.

Di belakang mask macam ni kejadian nya nanti. Ada pelbagai cara nak buat lipatan ni. Ni antara cara Sis buat lipatan.

Ukuran Sis lebih kurang Surgical Mask yang asal.

Siap tuk Dewasa. Mudah kan.. Sis dah buat dalam 14 Surgical Mask ni. Ni lebih kurang projek nak abiskan kain perca sebenarnya... hhehehhehheheh

Getah Elastik tuk kanak kanak : 7"
Cara jahit sama macam jahit dgn tali. 
Siapa kata menjahit susah. Senang kan menjahit ni ☺️😁😆 
Banyak boleh jimat dengan menjahit sendiri u alllzzz .. 😷😀😁

Nampak tak hujung tali yang terkeluar tu. Masa ni Sis tak bakar hujung tali. Agak messy nampak. 😆

Ni Sis buat tergocoh gocoh sbb nak naik lrt. Sis lalu kan air dulu mask ni sebelum pakai. Yelah kan nak sedut udara melalui mask tu, kalau tak bersih kang tersedut habuk lak kang

😷😆😷

Selamat mencuba u all 😁

Daisypath Anniversary tickers

Tali beg

Tali beg

Magnetic button

Magnetic button