Nuffnang

Saturday, December 26, 2020

Jom derma darah

Assalamualaikum n hi semua,

Jom u all, untuk penamat tahun 2020, kita derma darah.

Sebelum dtg derma. Digalakkan makan sikit & minum air suam dlm 1 gelas.

Lepas derma blh amik vitamin tuk tambah darah dgn sikit jajan 😁

Thursday, December 24, 2020

Sis amik upah jahit

Assalamualaikum n hi semua,


Customer bagi kain. Sis hanya potong n jahit jer. 5 lai sofa cover, 4 lai lapik sofa, 1 lai sapra & 3 lai cover tutup printer 😁
Sis mmg amik ode kalau bak upah jahit jer. Kain u all yg provide 😁
#suticraft #suticraftsulam #suticraftmenjahit

Saturday, December 19, 2020

Tutorial Totebag dari kaki seluar jeans

Assalamualaikum n hi semua,


Harini Sis tunjukkan bagaimana Sis buat beg dari kaki seluar jeans terpakai. 
Projek totebag ni sesuai sgt utk yg baru mula menjahit sebab hanya perlu jahit lurus shj. 

Ambil mana mana seluar jeans yg sudah taknak pakai lagi.

Gunting kaki seluar ikut panjang yg dikehendaki.

Terbalikkan kaki seluar, sebab kita dah nak mula menjahit

Jahit hujung kain dalam 1/2 inci sebab nak bagi beg tahan n tak mudah koyak nanti. 
Sebab Sis tak jahit tepi kaki seluar jeans ni

Siap dah jahit hujung seluar jeans

Ni nak buat tapak beg. Lipatkan hujung beg sehingga nmpk seperti di atas

Nampak seperti 3 segi

Jahit segitiga ni sepanjang 3 inci

Siap jahit 3 inci hujung seluar yg segi3

Nanti akan kelihatan seperti ini. Dah nampak tapak beg kan.

Kemudian, nak jahit tali beg. panjang tali beg 24 inci. 
Kalau taknak guna kain sebagai tali beg, boleh gunakan tali nylon.

Sis jahit betul betul kat atas jahitan hujung seluar. 
Kalau mesin anda tak boleh jahit kain yg terlalu tebal, ketuk bagi nipis skit kain yg tebal tu dgn tukul besi. 
Kalau masih tak boleh jahit kain tebal, jahit tali beg dalam 1 inci dari atas beg.

Pastikan tali beg seperti kedudukan atas ni yeh. 
Kalau tak, nanti tali beg akan jadi tak lurus.

Siap tali beg tuk 2 belah sisi beg

Siap dah tote bag dari kaki seluar jeans. 
Mudahkan. 
Dalam 20 minit dah siap beg ni. 
Kalau jual boleh capai RM10. 
Kalau ada lining boleh capai hingga RM20. 
Tambah poket semua boleh capai hingga RM30

Selamat mencuba semua. Mudahkan..

Semoga bermanfaat buat semua.. 
😀😁

Tuesday, December 1, 2020

Tutorial half apron

Assalamualaikum n hi semua, 

Assalamualaikum n hi u allzzz. Aritu Sis ada join Jom Jahit #apron kat group fb Perca, Reja dan barang kitar semula. Sis guna #oldjeans Sis mmg suka #upcycle #denimjeans sbb #jeans byk #pocket Senang nak selit barang kat #poket Nanti u all cubalah. Dalam 1 hari jer dah siap #halfapron ni 😁


Pilih sepasang jeans yg u all dah taknak guna. Nak guna yg baru pun boleh, beli yg Bundle memurah. Kat pasar malam Tanjong karang ada 1 kedai tu dia selalu lelong jeans bundle dia kadang RM 5 tuk 3 lai jeans. Tuk krafter cam Sis yg suka membega kain jeans ni, mmg sangat berbaloi lah beli bebyk. Kadang pekedai tu cam pelik, naper lah Sis beli byk byk pelbagai saiz. Mmg muka dia mmg TERKEZUT tgk, Mata dia terbeliak bila Sis nak gi byr 😆  hehhehehhe

Gunting panjang yg u all nak. Cam Sis yg rendang ni, takat atas lutut jer pjg yg Sis ukur.

Kemudian, lipat 2 cam dalam gambar ni. Sebab nak lakar dgn kapur garis lurus tuk Sis jahit tepi

Sis guna mesin jahit tepi tuk samakan tepi half apron. Ni jenis nak cepat keje. Tu jahit tepi jer :)

Dah jahit tepi, nnt jadi cam atas ni. Alaaa putih sangat tiles ni, tak nampak lak jahitan jahit tepi tu.

Sis letak atas warna yg berlainan nmpk skit jahit tepi tu kan. Nampak kan jahitan jahit tepi tu. Sis guna mesin jahit tepi Brothers 4 benang. Alhamdulillah boleh lepas jahit tepi jeans ni, walau tebal skit dari kain baju kurung.

Nnt u all gunting panjang seluar jeans yg masih tinggal tuk buat tali half-apron

Dah lipat dan jahit tepi tali tu, masukkan dalam lubang pinggang jeans tu

Bila dah masukkan tali kat lubang pinggang tu, jahit supaya melekat tali dgn pinggang half-apron tu nnt. Nampak kan jahitan jahit tepi tu.

Tadaaa... siap dah half-apron Sis.

Yg kat poket tu Sis letak bunga Yoyo, saja nak bagi kontras dgn warna hitam jeans tu

Camni kat belakang half-apron tu

Sis mmg suka guna jeans dlm karya Sis sbb jeans ada byk poket. senang nak selit semua benda yg Sis rasa penting & berguna

Pendek jer half-apron Sis... dah Sis pun pendek orangnya hehhehehheheh

Sis guna bila nak berkebun dan menjahit. Senang nak selit aksesori kat poket apron. Selamat mencuba u allzzz 😁


Tuesday, October 27, 2020

Tutorial lapik kaki

Assalamualaikum n hi semua, 


Assalamualaikum n hi semua. Smlm Sis baru siapkan #lapikkaki dari #kainperca #tshirts 
Sis ada buat #tutorialmenjahit tuk u all try yeh. Jom jahit waktu #pkp ini. Staysafe semua 
#sewingproject #upcycle #recycle #suticraft #suticraftmenjahit


Ni bukan semak tau... Ni kain perca.. hehhehehe

Kumpulkan kain perca yg nak digunakan. Sis guna t-shirt lama.


Ni tutorial utk lipatan 4 segi yeh. 

Ukuran kain utk dilipat adalah 3" x 3" .Lipat jadi 3 segi macam dalam gambar di atas. Kemudian lipat jadi 3 segi lagi skali. Lipat di sisi kain seperti dalam gambar


Lipat di kedua-dua sisi, sampai jadi seperti dalam gambar di atas. Jika rasa kain terlalu tebal, potong kain jadi 3 segi sahaja. 


Kemudian buat banyak banyak, sebab nak siapkan 1 lapik kaki sekurang kurangnya memerlukan 200 ke atas keping. Ikut kesesuain saiz yg u all nak buat.


Untuk lapik bawah, Sis guna tuala yg dah taknak Sis guna lagi.


Susun seperti dalam gambar. nak lagi dekat pun boleh. Ikut citarasa masing masing


1 barisan dah siap.


Siap mendeco lapik kaki.


Bahagian tengah tu, Sis gunakan lebihan hujung t-shirt. Siap sudah lapik kaki dari kain perca t-shirt. Lembut jer bila pijak kain lapik kaki ni. Sis suka kain lapik kaki sbb boleh cuci masuk dlm mesin basuh. Takyah nak rendam rendam cam lapik kaki yg plastik atau yg foam tu.

Cubalah u all... Memang mengasyik kan buat ni. 😃

Selamat mencuba u allzzz 🙂


Saturday, October 10, 2020

Mesin Jahit Sister

Assalamualaikum n hi semua. 29hb Sept aritu Sis ada buat recording tuk segmen mesin jahit Sister bersama Goshop & AlHijrah. Ni pertama kali Sis jumpa dgn Host Lin DJ radio di astro. Host Hazim tu mmg pandai buat lawak. Bila ada gandingan dgn Hazim, Sis mmg akan gelak jer. Hazim bi talented sbb dia pandai berlakon gak tuk iklan di goshop 😁 #goshopalhijrah #mesinjahit #masinjahitmini #mesinjahitportable #mesinjahitsister
Daisypath Anniversary tickers

Tali beg

Tali beg

Magnetic button

Magnetic button