Assalamualaikum dan hi semua,
Tutorial untuk menjahit ala ala Surgical mask cara Sis. Sis potong kain lurus jer. Tak guna pola pun.
Ni lebih kurang projek nak abiskan kain perca sebenarnya... hhehehhehheheh
Saiz Dewasa : 7 1/2" x 6" (Sekali basi)
Saiz Kanak-kanak : 7 1/2" x 5" (Sekali basi)
Panjang Tali tuk Hijabi : 17"
Panjang Getah Elastik tuk kanak-kanak : 7"
Ukuran ni sebagai penunjuk aras (guideline) sahaja. U allzz blh tambah atau kurangkan, ikut kesesuaian sendiri.
Selamat mencuba u all π
Memula Sis potong kain, tuk depan n blkg.. Kalau nak mudah buat pola guna kertas kalendar or kertas pamplet supaya taknak banyak kali nak ukur setiap kali nak jahit topeng muka ala ala surgical mask ni.
Adult : 7 1/2" x 6" (Sekali basi)
Child : 7 1/2" x 5" (Sekali basi)
Kemudian potong tali tuk ikat pada mask.
Potong 4 keping, dalam 17" panjang setiap satu. Panjang ni ikut kesesuaian sendiri yeh
Potong 4 keping, dalam 17" panjang setiap satu. Panjang ni ikut kesesuaian sendiri yeh
Sis bakar dengan lilin hujung tali supaya tak berbulu. Sbb masa memula Sis buat, Sis tak bakar sbb nk cepat nak guna tuk naik LRT. Asyik tertetas jahitan tali ni. Mungkin sbb terkena zip henbag Sis.
Kemudian, letak tali pengikat kat hujung kain dalam kedudukan macam ni.
Buat kat 4 penjuru yeh.
Lepas tu, letak kan kain yg kedua atas kain pertama tadi. Pasti kan yg cantik bertemu yg cantik yeh. Sis letak jarum langgar lari tu supaya tali tu tak bergerak masa Sis nak jahit nanti.
Kita mula jahit yeh. Guna 1 tapak atau 1/4" dah memadai
Nanti macam ni kejadiannya
Nampak tak kedudukan tali tadi.
Nanti biarkan tanpa jahitan dalam 2", supaya senang nak Turn kain nanti
Sis snip sikit hujung kain supaya senang n cantik masa Turn nanti
Ukuran nak buat lipatan ni dalam 1 1/2" ke 2" dari atas kain. Kalau ada taknak buat lipatan, ok jer. Sebab ada yg jual takde lipatan kan.
Di belakang mask macam ni kejadian nya nanti. Ada pelbagai cara nak buat lipatan ni. Ni antara cara Sis buat lipatan.
Ukuran Sis lebih kurang Surgical Mask yang asal.
Siap tuk Dewasa. Mudah kan.. Sis dah buat dalam 14 Surgical Mask ni. Ni lebih kurang projek nak abiskan kain perca sebenarnya... hhehehhehheheh
Getah Elastik tuk kanak kanak : 7"
Cara jahit sama macam jahit dgn tali.
Siapa kata menjahit susah. Senang kan menjahit ni
Cara jahit sama macam jahit dgn tali.
Siapa kata menjahit susah. Senang kan menjahit ni
Banyak boleh jimat dengan menjahit sendiri u alllzzz ..
Nampak tak hujung tali yang terkeluar tu. Masa ni Sis tak bakar hujung tali. Agak messy nampak.
Ni Sis buat tergocoh gocoh sbb nak naik lrt. Sis lalu kan air dulu mask ni sebelum pakai. Yelah kan nak sedut udara melalui mask tu, kalau tak bersih kang tersedut habuk lak kang
Selamat mencuba u all π