Nuffnang

Tuesday, October 27, 2020

Tutorial lapik kaki

Assalamualaikum n hi semua, 


Assalamualaikum n hi semua. Smlm Sis baru siapkan #lapikkaki dari #kainperca #tshirts 
Sis ada buat #tutorialmenjahit tuk u all try yeh. Jom jahit waktu #pkp ini. Staysafe semua 
#sewingproject #upcycle #recycle #suticraft #suticraftmenjahit


Ni bukan semak tau... Ni kain perca.. hehhehehe

Kumpulkan kain perca yg nak digunakan. Sis guna t-shirt lama.


Ni tutorial utk lipatan 4 segi yeh. 

Ukuran kain utk dilipat adalah 3" x 3" .Lipat jadi 3 segi macam dalam gambar di atas. Kemudian lipat jadi 3 segi lagi skali. Lipat di sisi kain seperti dalam gambar


Lipat di kedua-dua sisi, sampai jadi seperti dalam gambar di atas. Jika rasa kain terlalu tebal, potong kain jadi 3 segi sahaja. 


Kemudian buat banyak banyak, sebab nak siapkan 1 lapik kaki sekurang kurangnya memerlukan 200 ke atas keping. Ikut kesesuain saiz yg u all nak buat.


Untuk lapik bawah, Sis guna tuala yg dah taknak Sis guna lagi.


Susun seperti dalam gambar. nak lagi dekat pun boleh. Ikut citarasa masing masing


1 barisan dah siap.


Siap mendeco lapik kaki.


Bahagian tengah tu, Sis gunakan lebihan hujung t-shirt. Siap sudah lapik kaki dari kain perca t-shirt. Lembut jer bila pijak kain lapik kaki ni. Sis suka kain lapik kaki sbb boleh cuci masuk dlm mesin basuh. Takyah nak rendam rendam cam lapik kaki yg plastik atau yg foam tu.

Cubalah u all... Memang mengasyik kan buat ni. 😃

Selamat mencuba u allzzz 🙂


Saturday, October 10, 2020

Mesin Jahit Sister

Assalamualaikum n hi semua. 29hb Sept aritu Sis ada buat recording tuk segmen mesin jahit Sister bersama Goshop & AlHijrah. Ni pertama kali Sis jumpa dgn Host Lin DJ radio di astro. Host Hazim tu mmg pandai buat lawak. Bila ada gandingan dgn Hazim, Sis mmg akan gelak jer. Hazim bi talented sbb dia pandai berlakon gak tuk iklan di goshop 😁 #goshopalhijrah #mesinjahit #masinjahitmini #mesinjahitportable #mesinjahitsister

Saturday, September 26, 2020

Mask pocket wall holder

Assalamualaikum n hi semua.

Dah byk kali Sis kuar umah lupa pakai mask.

Dah sampai tmp yg nak dituju bru ingat mask kat umah. Nasib kedai dekat jer boleh balik amik mask. Kalau tak pakai mask nnt kena saman rm1000 ko.

Maka, Sis buat mask pocket wall holder ni dan letak betul-betul sebelah pintu kuar umah.

Sis guna bahagian kaki seluar jer. Sis saja nak nmpk beza pocket n wall holder tu. Tu yg Sis pilih dari 2 lai jeans terpakai berlainan warna.

Pastu Sis sulam : Mask tali & mask getah. Patut warna sulam tu striking baru menyerlah skit. Takper nnt buat lagi satu 😁

Harap lepas ni Sis tak lupa lagi bawa mask bila kuar umah 😁😷

Monday, September 7, 2020

Sarung bantal dari t shirt

Assalamualaikum n hi semua. 

Sis baru siapkan sarung bantal guna t-shirt lama. 

Sis ingat nak sedekah kat org bju ni, tapi dah lusuh, wordings kat tshirt pun dah hilang n berlubang. Dari dibuang ke tong sampah, baik Sis buat sesuatu. Nak buat beg risau tak tahan.


Kita perlukan 2 helai t-shirt lama. Di sini Sis guna 2 t-shirt warna yang sama.

Sis gunakan bahagian belakang t-shirt sebab bahagian belakang lebih panjang dari depan.

Ukur panjang bantal, sebab kita nak kira berapa panjang kain t-shirt yang diperlukan.

Bila sudah ukur dan gunting kain ikut panjang dan lebar bantal. Jahit 3 penjuru.

Ini adalah end product sarung bantal. Selamat mencuba u all 😃


Sunday, September 6, 2020

Sis masih terima tempahan

Assalamualaikum n hi semua. Sis masih terima ode #pelitupmuka yg 2 & 3 ply. Ada ruang tuk letak filter kat blkg. Harga RM15. Kalau ode 2 #facemask RM24 😷
#suticraft #suticraftsulam #suticraftmenjahit #sewingproject #handmade #kotadamansara

Sunday, February 23, 2020

Mesin jahit industri tuk jual

Mesin jahit lurus Jack
Harga beli dulu rm1500
Nak jual rm600
Sebab nak jual : byk guna mesin sulam dari menjahit
Tiada delivery. Ambil sendiri Di kota damansara
Boleh test sebelum beli. Kalau ok baru beli.
Whatsapp : http://wasap.my/60193973398

Friday, December 27, 2019

Bag punjut

Bag ni biasa customer Sis buat letak selipar masa gi umrah
Price : RM 10-30 depend on design
#nametag #suticraft #suticraftsulam #suticraftmenjahit #embroidery #sulam #kotadamansara #bagmaker #keyring #bagmaking #handmade #upcycle #upcyclejeans #bundles #bundlejeans #recycle #bagmaker #sewingproject #drawstringbag
Daisypath Anniversary tickers

Tali beg

Tali beg

Magnetic button

Magnetic button