Nuffnang

Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Monday, February 1, 2021

Tutorial Yoga bag from old jeans

 Assalamulaikum dan hi u alllzzz,


Tengah watpe tu? Arini Sis nak share tutorial jahit Beg Yoga dari seluar jeans terpakai.


Memula pilih mana-mana jeans yg dah taknak guna lagi. kalau boleh, biar yg kaki seluar panjang

Kemudian, ukur lebar yoga mat dgn panjang seluar jeans

Nanti cuba acukan pinggang seluar tuk masukkan yoga mat

nanti u all tetaskan tepi seluar, sbb nnt nak jahit tepi seluar tu

Camni rupa lepas tetaskan tepi seluar

Kemudian, lipatkan seluar seperti di atas

Lukiskan 1 garis lurus, sbb nanti nak jahit jadikan lurus

Kalau mesin u all takleh jahit tebal, ketuk skit kat tempat yg tebal tu

Skrg kita nak buat hujung seluar. Sis guna penutup periuk sebagai acuan

Kemudian, letak jarum di sekeliling bulatan

Ni tuk buat sangkut tali. Ukuran dalam 4" x 4"

Lepas tu lipat 2 seperti di atas

Nanti lipat lagi 2. Pastu jahit setiap tepi

Nanti tempat sangkut tali tu, jahit ikut yg u all nak

Kena pastikan yoga mat boleh muat bag tadi yeh

Alhamdulillah. Bag yoga Sis dpt muat 1 yoga mat, 1 yoga belt & 2 blok

Sis letak reben kat pinggang beg. Reben tu sebagai penutup beg

Siap dah beg yoga

Semua ni muat dlm beg yoga 🙂

Selamat mencuba u all 😁


Friday, January 22, 2021

Tutorial Facemask

 Assalamualaikum dan hi semua,


Tutorial untuk menjahit ala ala Surgical mask cara Sis. Sis potong kain lurus jer. Tak guna pola pun.


Ni lebih kurang projek nak abiskan kain perca sebenarnya... hhehehhehheheh

Saiz Dewasa : 7 1/2" x 6" (Sekali basi)
Saiz Kanak-kanak : 7 1/2" x 5" (Sekali basi)
Panjang Tali tuk Hijabi : 17"
Panjang Getah Elastik tuk kanak-kanak : 7"

Ukuran ni sebagai penunjuk aras (guideline) sahaja. U allzz blh tambah atau kurangkan, ikut kesesuaian sendiri.

Selamat mencuba u all 😁


Memula Sis potong kain, tuk depan n blkg.. Kalau nak mudah buat pola guna kertas kalendar or kertas pamplet supaya taknak banyak kali nak ukur setiap kali nak jahit topeng muka ala ala surgical mask ni.
Adult : 7 1/2" x 6" (Sekali basi)
Child : 7 1/2" x 5" (Sekali basi)
Kemudian potong tali tuk ikat pada mask.
Potong 4 keping, dalam 17" panjang setiap satu. Panjang ni ikut kesesuaian sendiri yeh

Sis bakar dengan lilin hujung tali supaya tak berbulu. Sbb masa memula Sis buat, Sis tak bakar sbb nk cepat nak guna tuk naik LRT. Asyik tertetas jahitan tali ni. Mungkin sbb terkena zip henbag Sis. 

Kemudian, letak tali pengikat kat hujung kain dalam kedudukan macam ni.

Buat kat 4 penjuru yeh.

Lepas tu, letak kan kain yg kedua atas kain pertama tadi. Pasti kan yg cantik bertemu yg cantik yeh. Sis letak jarum langgar lari tu supaya tali tu tak bergerak masa Sis nak jahit nanti.

Kita mula jahit yeh. Guna 1 tapak atau 1/4" dah memadai

Nanti macam ni kejadiannya

Nampak tak kedudukan tali tadi.

Nanti biarkan tanpa jahitan dalam 2", supaya senang nak Turn kain nanti

Sis snip sikit hujung kain supaya senang n cantik masa Turn nanti

Kalau nak skip iron kain mask, ok jer. Sis iron kan supaya senang nak jahit nanti.

Ukuran nak buat lipatan ni dalam 1 1/2" ke 2" dari atas kain. Kalau ada taknak buat lipatan, ok jer. Sebab ada yg jual takde lipatan kan.

Di belakang mask macam ni kejadian nya nanti. Ada pelbagai cara nak buat lipatan ni. Ni antara cara Sis buat lipatan.

Ukuran Sis lebih kurang Surgical Mask yang asal.

Siap tuk Dewasa. Mudah kan.. Sis dah buat dalam 14 Surgical Mask ni. Ni lebih kurang projek nak abiskan kain perca sebenarnya... hhehehhehheheh

Getah Elastik tuk kanak kanak : 7"
Cara jahit sama macam jahit dgn tali. 
Siapa kata menjahit susah. Senang kan menjahit ni ☺️😁😆 
Banyak boleh jimat dengan menjahit sendiri u alllzzz .. 😷😀😁

Nampak tak hujung tali yang terkeluar tu. Masa ni Sis tak bakar hujung tali. Agak messy nampak. 😆

Ni Sis buat tergocoh gocoh sbb nak naik lrt. Sis lalu kan air dulu mask ni sebelum pakai. Yelah kan nak sedut udara melalui mask tu, kalau tak bersih kang tersedut habuk lak kang

😷😆😷

Selamat mencuba u all 😁

Saturday, December 19, 2020

Tutorial Totebag dari kaki seluar jeans

Assalamualaikum n hi semua,


Harini Sis tunjukkan bagaimana Sis buat beg dari kaki seluar jeans terpakai. 
Projek totebag ni sesuai sgt utk yg baru mula menjahit sebab hanya perlu jahit lurus shj. 

Ambil mana mana seluar jeans yg sudah taknak pakai lagi.

Gunting kaki seluar ikut panjang yg dikehendaki.

Terbalikkan kaki seluar, sebab kita dah nak mula menjahit

Jahit hujung kain dalam 1/2 inci sebab nak bagi beg tahan n tak mudah koyak nanti. 
Sebab Sis tak jahit tepi kaki seluar jeans ni

Siap dah jahit hujung seluar jeans

Ni nak buat tapak beg. Lipatkan hujung beg sehingga nmpk seperti di atas

Nampak seperti 3 segi

Jahit segitiga ni sepanjang 3 inci

Siap jahit 3 inci hujung seluar yg segi3

Nanti akan kelihatan seperti ini. Dah nampak tapak beg kan.

Kemudian, nak jahit tali beg. panjang tali beg 24 inci. 
Kalau taknak guna kain sebagai tali beg, boleh gunakan tali nylon.

Sis jahit betul betul kat atas jahitan hujung seluar. 
Kalau mesin anda tak boleh jahit kain yg terlalu tebal, ketuk bagi nipis skit kain yg tebal tu dgn tukul besi. 
Kalau masih tak boleh jahit kain tebal, jahit tali beg dalam 1 inci dari atas beg.

Pastikan tali beg seperti kedudukan atas ni yeh. 
Kalau tak, nanti tali beg akan jadi tak lurus.

Siap tali beg tuk 2 belah sisi beg

Siap dah tote bag dari kaki seluar jeans. 
Mudahkan. 
Dalam 20 minit dah siap beg ni. 
Kalau jual boleh capai RM10. 
Kalau ada lining boleh capai hingga RM20. 
Tambah poket semua boleh capai hingga RM30

Selamat mencuba semua. Mudahkan..

Semoga bermanfaat buat semua.. 
😀😁

Daisypath Anniversary tickers

Tali beg

Tali beg

Magnetic button

Magnetic button